PRASEKOLAH SK TUNKU MUDA SERTING



PENGENALAN

GURU PRASEKOLAH
Nor Asnira bt Mohd Norwi
Ruziyah bt Abd Ghani


PPM
Sharifah bt Abd Majid
Shaidatul Akhma bt Ramli


SEJARAH PRASEKOLAH

Satu kelas prasekolah Sekolah Kebangsaan Tunku Muda Serting mula beroperasi pada tahun 2002. Perluasan prasekolah tahun 2003, telah memberi peluang kepada Sekolah Kebangsaan Tunku Muda Serting menambah sebuah lagi kelas prasekolah. Kini terdapat dua kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan Tunku Muda Serting yang diberi nama TUNAS PINTAR dan TUNAS BESTARI.

VISI

MELAHIRKAN GENERASI YANG GEMILANG

MISI

CEMERLANG DALAM PENDIDIKAN DAN SAHSIAH

MOTTO

CERGAS, CERDAS, CERIA

TEMA

"PRASEKOLAH DALAM TAMAN"

KEJAYAAN PRASEKOLAH



ANUGERAH PRASEKOLAH








Thursday, 1 January 2015 @ 06:30

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan, dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.


FOKUS

Pendidikan prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran konstektual dan pembelajaran berasaskan projek.Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperolehi konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.